YB. Puan Hjh. Noor Hanim Ismail seorang ibu serta pemimpin yang bijak

Bersifat keibuan serta amat lemah lembut tutur bicaranya membuatkan ramai orang senang dengan kehadiran beliau. Beliau adalah YB. Puan Hjh. Noor Hanim Binti Ismail. Noor Hanim yang bermaksud (dalam Islam) “Cahaya Kesejahteraan” Fikaran penulis masih teringat kan akan sifat beliau yang tidak pernah lokek dengan senyuman yang terukir di setiap tutur bicaranya. Walaupun sifat beliau yang lemah lembut, namun beliau lantang menyuarakan isu-isu rakyat serta peka tentang permasalahan yang berlaku khasnya di kawasan di Dun Sri Serdang yang diwakilinya.

Noor Hanim Binti Ismail, lahir pada 5 Oktober 1962 dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau dikurniakan 5 orang cahaya mata hasil perkahwinan beliau bersama suaminya Sapiyan Mohd Din. Selain daripada itu, beliau berkelulusan Diploma in Business and Management dari Swansee Institute.

 

Merah Kuning juga dapat tahu bahawa beliau bergiat aktif dengan aktiviti PIBG 2 buah sekolah dan mempunyai jawatan di setiap sekolah yang beliau terlibat. Diantaranya ialah Pengerusi Kebajikan di Sekolah SAM Bestari Subang Jaya dan juga Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama Batu 13 Puchong. Jawatan lain yang beliau sandang adalah:

 

1. Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

2. Ahli Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Negeri Selangor

3. AJK Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor

4. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)

5. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DMPM

6. Timb. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Badan Perhubungan Negeri PAS Selangor

7. Pengurusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Puchong

 

Kami juga kagum dengan beliau kerana walaupun banyak jawatan yang beliau sandang namun beliau masih mempunyai masa mengimbangi antara menguruskan hal ehwal rakyat selain keluarga dengan baik.

 

(Bersama keluarga yang bahagia)

 

Beliau mula bergiat dalam politik pada tahun 1994, tetapi untuk makluman pembaca semua. parti politik pertama yang disertai beliau adalah UMNO. Beliau antara orang kuat Wanita UMNO satu ketika dahulu, pernah menyandang jawatan Setiausaha Wanita UMNO. Melalui jawatan berkenaan beliau bertanggungjawab menyediakan serta mengatur segala mesyuarat serta menganjurkan pelbagai aktiviti.

 

Tetapi apakah yang mendorong beliau keluar meninggalkan UMNO dan memilih PAS?

 

Ini kerana beliau dapati banyak perkara yang diperjuangkan oleh PAS tidak terdapat di dalam UMNO. Beeliau menginsafi bahawa perjuangan PAS adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah. Beliau berkkidmat dalam UMNO dari tahun 1994 dan akhirnya memutuskan keluar parti berkenaan pada tahun 1997.

 

Berbekalkan ilmu yang ada pada beliau semasa dalam Umno dulu, beliau telah gunakannya dan banyak terapkan semasa dalam PAS untuk menguatkan lagi jentera PAS.

 

Setelah 16 tahun menyertai PAS di kawasan Puchong dengan memegang pelbagai jawatan di peringkat kawasan, negeri dan Pusat akhirnya dalam Pilihanraya Umum 2013 beliau telah diberi kepercayaan dan dipilih sebagai calon PAS untuk kerusi DUN Seri Serdang yang ketika itu diwakili calon Umno BN.

 

Beliau menang dan menjadi ADUN PAS pertama untuk kerusi berkenaan setelah memperolehi 39,737 undi mengalahkan calon Umno/BN Mohd Yusof Mohd Yasin dengan majoriti 16,251 undi, majoriti terbesar buat calon PAS di Negeri Selangor.

 

Sebagai seorang yang mudah dekat dengan masyarakat malah juga di dalam PAS, Noor Hanim sememangnya gemar bergerak turun melawat kawasan serta peka tentang isu permasalahan setempat.

 

Tambahan lagi, beliau juga amat disenangi orang-orang muslim,termasuklah golongan non-muslim yang turut senang dengan kehadiran beliau. Malah beliau banyak terlibat dengan pelbagai program dan aktiviti bersama non-muslim. Antaranya ialah “Sambutan Tahun Baru Cina Dun Seri Serdang” serta “Penyerahan Baucer Raya Cina,Seri Serdang”.

 

Dan baru-baru ini isu Perobohan Tokong di kawasan berkenaan telah mendapat perhatian ramai apabila beliau mempertahankan tindakan perobohan sebuah Tokong oleh pihak berkuasa tempatan atas aduan pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau menangani kes ini dengan begitu serius serta berjaya menyelesaikan isu ini tanpa tokong berkenaan diroboh.Kejayaan ini telah mengharumkan namanya dikalangan masyarakat Cina yang kini semakin yakin dan percaya pada beliau.

 

Bagi YB Puan Noor Hanim isu berkaitan agama serta sensiviti agama perlu ditangani dengan bijak tanpa menimbulkan sebarang provokasi serta kejadian yang tidak diingini.

 

(Di Majlis Penyampaian Sumbangan Baucer Deepavali)

 

Beliau turut terlibat dalam menambah beberapa buah surau di kawasannya selain membaikpulih yang lain.

 

Dalam pada itu kebangaan beliau adalah apabila berjaya menegakkan Islam melalui program-program yang dijalankan. Antaranya, mengadakan kelas Al-Quran bagi orang dewasa. Kinrara Care pula adalah merupakan projek tusyen untuk tahun 6, tingkatan 3 serta tingkatan 5 yang ditaja di bawah masjid dan di bawah Pejabat beliau. Fokus utama beliau ialah menjadikan Dun Sri Serdang ini sebagai DUN berpendidikan.

 

Hakikatnya walaupun beliau seorang ibu dan juga isteri, ini tidak menghalang beliau untuk memimpin dan berkhidmat untuk kesenangan rakyat di bawah jagaan dan tanggungjawab beliau.

Walaupun sekadar sejenak bersamanya penulis dapat merasakan betapa bertuahnya rakyat dan penduduk Sri Serdang memilih YB Puan Noor Hanim sebagai wakil rakyat mereka. Dengan tenaga, kegigihan dan kesungguhannya selain sifat keibuannya yang semulajadi beliau ternyata mampu melkasanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.

 

Kami yakin beliau akan menjadi wakil rakyat negeri Selangor yang baik dan mampu kekal sebagai ADUN di kawasan ini bagi penggal-penggal berikutnya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*