Mee Tarik Negara China…Mesti Cuba

Jika ke Negara China, ramai rakyat Malaysia memilih untuk menikmati mee tarik sebagai juadah utama untuk mengisi perut mereka. Selain ianya merupakan makanan tradisi masyarakat di sana ianya banyak disaji sebagai menu di restoran-restoran halal di sana.

Mungkin kerana sambutan rakyat Malaysia yang sangat baik terhadap mee tarik telah menarik perhatian pemilik Restoran Mee Tarik Warisan Asli untuk membawa juadah tradisi tersebut ke Malaysia.

 Mee Tarik 1

Krew Merahkuning.com sempat menyerbu salah sebuah cawangan restoran ini yang bertempat G-3A, Menara U, Jalan Boling Padang, 13/61 Shah Alam, 40100 Shah Alam.

 

Pada pemerhatian awal, restoran ini sangat bersih dan selesa dengan dekorasi dalaman kedai sangat menarik walaupun agak ringkas. Suasana kedai amat memberi keselesaan kepada pelanggang yang datang berkeluarga atau dalam kelompok yang ramai.

 

Terletak di kawasan strategik iaitu berdekatan kawasan komersial dan juga Management and Science University (MSU), rata-rata pengunjung terdiri daripada kalangan pekerja swasta, keluarga dan juga pelajar.

 

Menu Mee Tarik

Pada mulanya agak pening untuk krew Merahkuning.com membuat pilihan makanan yang pelbagai dan nampak lazat semuanya. Akhirnya kami membuat pilihan untuk mencuba Mee dengan Sos Istimewa dan ternyata tidak mengecewakan.

 

Menu ini adalah mee tarik yang dihidangkan bersama sos yang dimasak bersama daging dan juga sayur-sayuran. Sekiranya anda ingin menikmati mee dengan kuantiti yang banyak pada harga berpatut, kami cadangkan anda mencuba menu ini.

 

Daging dipotong dadu yang dimasak bersama sayur-sayuran seperti hirisan lobak merah dan kacang panjang amat menyelerakan dan mempunyai rasa yang harmoni untuk dinikmati bersama mee tarik.

Tarik mee

Dari aspek servis dan penyediaan makanan merahkuning.com berpendapat layanan yang diberikan agak baik. Penyediaan mee tarik dilakukan dalam bilik kaca bertutup dan bersih. Pelanggan dapat melihat bagaimana penyediaan mee tarik dilakukan dan ini memberi keyakinan terhada aspek kebersihan sajian.

 

Secara keseluruhan, Merahkuning.com memberi skor 7/10 kepada Restoran Mee Tarik Warisan. Kepada warga Shah Alam dan Selangor, anda patut cuba menikmati hidangan di restoran ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

 

Selain daripada cawangan ini Mee Tarik Warisan Asli mempunyai cawangan lain beroperasi di Sungai Besi, Dang Wangi, Setapak, Alam Avenue 2 Shah Alam, Bangi, Kelana Jaya dan Sri Gombak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*