Chemistry Café and Lab

Bagi mereka yang bercuti ke Shah Alam  dan mencari tempat makan menarik untuk bersantai bersama keluarga, jangan lupa mencuba menu di Chemistry Café And Lab. Café ini menjadi tumpuan dalam kalangan pelajar –pelajar terutamanya pelajat UiTM. Krew Merahkuning.com juga tidak melepaskan peluang merasai pengalaman makan di Café ini yang terletak di Sek.7 Shah Alam.

Logo Chemistry Cafe
Logo Chemistry Cafe

Café ini seunik namanya, suasana dan persekitaran café ini semestinya mengingatkan ketika berada dalam makmal di sekolah. Café yang terletak 15 minit daripada pusat bandaraya Shah Alam ini menjanjikan pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan para pelanggan.

 

Persekitaran yang bersih dan susun atur meja yang kemas menambah keselesaan pelanggan. Dekorasi dalaman yang unik megimbau kenangan sewaktu persekolahan. ‘Periodic Table’ iaitu formula bahan kimia turut dijadikan sebagai dekorasi dalaman selain lukisan-lukisan mural yang menarik.

Merahkuning.com berasa sangat teruja apabila kali pertama memasuki kedai ini, agak menakutkan melihat tong-tong dan peralatan kimia didalam café ini. Apabila diamati, Merahkuning merasakan satu kelainan dalam café ini yang mana semua peralatan dalam makmal digunakan dalam menyediakan makanan kepada pelanggan.

       

Café ini menggunakan peralatan makmal untuk menyediakan makanan seperti bikar, kelalang kon, tabung uji dan picagari. Sungguh menarik bukan? Selain itu,terdapat juga perhiasan-perhiasan yang dibuat daripada radas-radas makmal.

 

Pelbagai makanan barat disajikan semestinya menggamit hati peminat makanan barat. Harga makanan yang  sangat berpatutan sesuai untuk semua lapisan masyarakat  baik pelajar mahupun pekerja. Antara makanan menarik yang disajikan:

 Menu 1     Menu 2

Merahkuning berpeluang mencuba lasagna dan ice blended istimewa di café ini, ternyata ia tidak mengecewakan. Selain daripada makanan  barat, pelbagai pencuci mulut juga disediakan di café ini; pai, cheese cake, cup cake dan macam-macam lagi.

Makanan 1      Makan 2

Secara keseluruhan, Merahkuning.com memberi skor  8/10 kepada Chemistry Café . Kepada warga Shah Alam dan Selangor, anda patut cuba menikmati hidangan di cafe ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Jikalau rasa sudah terlupa dengan radas-radas dan peralatan makmal dahulu kala. Boleh terjah tempat ini. Sememangnya terbaek.

 

Selain daripada cawangan ini Chemistry Café ini mempunyai cawangan lain beroperasi di Seksyen 9,Bangi Sentral. Berminat nak kunjungi?

 

Ini alamat dan maklumat perhubungan mereka:

 

Alamat: No.26 Jln Kristal J7/J,

Seksyen7, 40200, Shah Alam,

Selangor.

No.tel: 0355239988

GPS: 3.0742964,101.4838026

https://goo.gl/maps/usXGw3C1pbU2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*