Selangor tundukan Pahang, hampiri misi 33

Gergasi Merah Kuning menghampiri misi menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas menewaskan juara bertahan Pahang 2-0 dalam pertemuan di Stadium Melawati, Shah Alam semalam.

 

Dalam aksi semalam pasukan bimbingan Mehmet Durakovic bermula garang dengan menjaringkan gol seawal minit ke-11 melalui penyerang import sensasi Guilherme De Paula.

 

Dalam perlawanan semalam penjaga gol The Red Giants bermain cemerlang menafikan percubaan pasukan Tok Gajah untuk bangkit menyamakan kedudukan.

 

Memasuki separuh masa kedua, Nazmi Faiz Mansor mengesahkan tiket Selangor ke perlawanan Final melalui gol kedua pada minit ke-54.

 

Beraksi di hadapan ribuan penyokong Gergasi Merah Kuning, Selangor Berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan keputusan agregat 2-0.

 

Selangor bakal berdepan Kedah dalam pertemuan final pada 12 Disember ini.

 

Terdahulu pasukan Helang Merah menundukkan Felda United dalam pertemuan di Stadium Darul Aman dengan jaringan 2-1.

 

Kedah mara ke perlawanan final dengan agregat 4-3.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*