Air Terjun Sungai Gabai

 

Satu lagi tempat menarik untuk berhujung minggu bersama keluarga. Merahkuning berkesempatan berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat pada hujung minggu yang lalu. Sebelum masuk ke kawasan rekreasi ini, setiap kepala (orang) dikenakan bayaran RM1. Kemudahan  tempat letak kereta juga disediakan memudahkan para pengunjung .

 

 

 

Selain itu, kemudahan seperti kedai runcit dan tandas juga disediakan. Air terjun ini bukan sahaja dilawati oleh penduduk tempatan malah pelancong asing juga melawatinya. Keadaan airnya yang cetek sedikit sebanyak menjamin keselamatan terutamanya mereka yang membawa anak-anak kecil. Persekitarannya juga bersih dan mempunyai lanskap yang teratur.

 

 

 

Selain itu juga, terdapat aktiviti sukan air yang disediakan disini seperti abseiling. Di sini juga disediakan kemudahan kem untuk aktiviti-aktiviti  persatuan mahupun hari keluarga. 

 

 

 

 

Merahkuning.com pernah merasai menginap dikem ini,sangat selesa…Air terjun Sungai Gabai ini tidak kurang tingginya…ia memerlukan kekuatan fizikal untuk terus mendaki ke puncak. Walau bagaimanapun, keindahan air terjun pertama cukup menarik hati.

 

 

 

 

Bagi pencinta alam semestinya menjadi satu keterujaan untuk anda. Air terjun ini hanya 30 minit daripada pekan Hulu Langat. Anda dinasihatkan berhati-hati kerana perjalanan ke air terjun ini amat mencabar,jalan yang agak sempit dan selekoh yang tajam. Jikalau pakai waze, copy dan pastekan sahaja koordinat air terjun ini 3.1660919,101.8915193.

 

Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat

 

https://goo.gl/maps/gCJ2p3WfCHP2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*