Tahniah

Merah Kuning dot com merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YAB Dato Menteri Besar

Selangor Mohamed Azmin Ali di atas anugerah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) oleh Duli

Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah Alhaj, Sultan Selangor sempena ulangtahun hari Keputeraan Tuanku yang ke 70 hari ini.

 

Sesungguhnya pengurniaan darjah yang membawa gelaran “Datuk Seri” itu sangat cocok dan

setimpal dengan jasa dan khidmat cemerlang beliau selama memegang jawatan Dato Menteri

Besar Selangor ke 15 sejak 23 September 2014 lalu.

 

Merah Kuning turut bersama seluruh rakyat negeri Selangor mendoakan agar beliau diberikan

kekuatan untuk terus memacu Selangor dan rakyatnya ke arah kejayaan dan kesejahteraan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*