Respon YB Meru Terhadap Banjir Di Meru

Lebih dari 52 keluarga dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman 

Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

 “Menurut TV3, penduduk Meru mengatakan punca banjir di Meru kerana sistem perparitan yang tidak diselenggara”

 

Merah Kuning Dot Com berkesempatan menghubungi Adun Meru, YB Dr. Abdul Rani Osman untuk meminta respon 

beliau terhadap isu ini.

Menurut YB Dr.Rani, tindakan untuk membina tadahan banjir ini telah diambil. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran 

(JPS) telah membina parit besar di hadapan masjid untuk membantu mengurangkan risiko banjir ini tetapi kerja-kerja 

penyelenggaraan masih dilakukan dan belum siap sepenuhnya.

 

 

“Hujan yang lebat dan kegagalan membuka kunci air disebabkan paras laut yang terlalu tinggi mengundang banjir 

besar berlaku,selain itu,pelepasan air daripada kampung Budiman menjadikan keadaan bertambah parah”.

 Tambahnya lagi.

 

Mengulas lanjut, YB Dr Rani berkata pembinaan sistem perparitan yang menelan belanja RM10.2 juta itu dijangka 

menangani masalah banjir di kawasan berkenaan berbanding sebelumnya. Dalam pada itu kata YB Dr Rani lagi 

pihaknya akan cuba mengenal pasti lagi tempat-tempat tadahan baru yang sesuai untuk program tebatan banjir 

ini.

 

 

Bagi memastikan keselesaan penduduk di tempat pemindahan. Selain menyediakan khemah sementara di Dewan 

Merak SMK Meru, makanan utk sarapan , makan tengahari dan makan malam turut disediakan. YB Dr. Rani selain 

menyampaikan sumbangan makanan, juga ubatan percuma kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

 

Merah Kuning Dot Com berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh ADUN Meru berkenaan isu ini dan 

mengharapkan agar rakyat jelata di sana dapat bersabar sementara menantikan siap sepenuhnya projek tebatan

banjir berkenaan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*