Ustaz Husni Wakil Penduduk Yang Berdedikasi

Berpegang dengan falsafah “ hidup ini akan berasa indah dan bahagia dalam perjuangan Islam”, Ustaz Husni Zaim bin Mohmadan atau lebih mesra dipanggil Ustaz Husni, berasal daripada Kedah dan menetap di Shah Alam. Dalam melayari kehidupan berumahtangga, beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.

Beliau berkelulusan Ijazah Syariah Islamiyyah ,Universiti Al-Azhar. Beliau telah berkecimpung dalam dunia politik selama 10 tahun berwasilahkan Parti Islam Semalaysia (PAS). Secara rasminya, beliau  melibatkan diri  dalam PAS setelah pulang dari menuntut di Mesir pada tahun 2005. Sebagai permulaan, beliau memilih Dewan Pemuda PAS  sebagai platform untuk bergerak dalam politik. Beliau didedahkan dengan PAS sejak dari kecil ekoran semua ahli keluarganya adalah penyokong PAS.

 

Antara taklifan yang diberikan kepada beliau ialah :

1) Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Kawasan Shah Alam.

2) Ketua Cawangan PAS TTDI Jaya.

3) Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda (Unit Kerja Jemaah).

4) Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Negeri Selangor ( Dakwah Non-muslim)

 

Beliau bukan sahaja aktif bersama PAS, beliau juga adalah Ahli NGO pertubuhan Darul Mualim Selangor dan penceramah bebas. Tidak menyiakan ilmu yang dipelajari, beliau membuka beberapa pusat pendidikan dan maahad.

 

 

Pada tahun 2014, beliau diberi mandat oleh PAS Kawasan Shah Alam untuk memegang taklifan sebagai Ahli Majlis Shah Alam. Beliau ditaklifkan sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 16 iaitu Seksyen U1 dan Seksyen U2 Shah Alam.

 

Merahkuning. Com berpendapat Ustaz Husni selayaknya dengan jawatan itu kerana sikapnya yang prihatin dan mudah bergaul dengan masyarakat. Pastinya tanggungjawab sebagai Ahli Majlis ini dapat digalasnya dengan baik. 

 

Ustaz Husni meletakkan visi dan misi dalam setiap bidang yang diceburinya supaya matlamat tidak tersasar. Begitu juga kehidupan beliau sebagai seorang ahli majlis, visi utama beliau ialah mencari redha Allah dan misinya pula ialah membawa pendekatan dan perubahan cara Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA) dengan menekankan soal kepentingan agama dalam urusan pentadbiran.

 

 

Tugas sebagai ahli majlis tidak semudah yang disangka, beliau yang mempunyai latarbelakang agama sangat diperlukan pandangan dan nilaian agama dalam setiap tindakan pihak pentadbiran. Sebagai contoh, setiap ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat hendaklah tidak bertentangan dengan hukum agama.

 

Berhubung dengan permasalahan beliau dalam menangani masalah penduduk, semestinya seorang ketua berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyelesaikan masalah. Baginya sendiri, sebagai pengerusi MPP ,beliau diamanahkan untuk menggerakkan gabungan persatuan pendududk yang berfungsi sebagai platform untuk menyatukan penduduk. Penduduk sentiasa mahukan hak-hak mereka dibela. Antara permasalahan yang sering diketengahkan ialah penyelenggaraan jalanraya, longkang,lampu jalan dan program-program kemasyarakatan.

 

 

Beliau seringkali menerima aduan daripada penduduk tentang perkara diatas. Dengan kecekapan yang dimilikinya, tanpa menunggu terus menghantar surat aduan kepada pihak MBSA untuk diambil tindakan. Ada juga kes-kes yang melibatkan bidang kuasa luar seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Indahwater, Syabas dan Jabatan Kerja Raya. Bagi kes seperti diatas, ia tidak melibatkan MBSA tetapi terus kepada pihak persekutuan. Sebagai contoh, penyelengaraan Jalan raya utama sepenuhnya dibawah kelolaan Jabatan Kerja Raya.

 

Tugasnya sebagai Ahli mesyuarat MBSA tidak kurang mencabar. Beliau mengakui terpaksa berhadapan dengan sebahagian polisi yang perlu diolah. Selain itu, beliau juga berhadapan dengan peraturan yang melibatakan kerajaan negeri dan pusat contohnya kilang arak di Shah Alam,ia bukannya kelulusan daripada pihak MBSA malah tiada kuasa untuk meminda peraturan tersebut. “ Bersatu teguh,bercerai roboh’ begitulah dapat digambarkan apabila ketiadaan kerjasama daripada sesama pihak dalam ahli majlis.

 

Menurut Us Husni, beliau kurang mendapat kerjasama daripada pengarah-pengarah jabatan bagi mengambil tindakan bagi aduan penduduk. Natijahnya, segala surat aduan yang dihantar tidak mendapat respon yang sepatutnya dan mengundang kemarahan penduduk . 

 

 

Dalam pada menghabiskan bait kata-katanya, beliau mengharapkan pada masa akan datang akan ada perubahan dari segi kecaknaan pihak berkuasa kepada semua aduan penduduk. Sejujurnya, Merahkuning.com merasa cukup selesa berbicara bersama beliau dan merasakan kesungguhan beliau untuk sentiasa menunaikan hak rakyat walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

 

Begitulah sifat kepimpinan yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin, amanah yang digalas bukan untuk dibanggakan tetapi untuk dilaksanakan.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*