Gangguan bekalan air di Sepang dan Kuala Langat 28 Disember

Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akan berlaku di beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat berikutan kerja-kerja membaiki meter paip utama serta kerja-kerja menaik taraf paip sedia ada pada 28 Disember depan.

 

Antara kawasan terlibat adalah Pekan Dengkil, Kampung Dengkil, IPD Sepang, Mahkamah Sepang, SMK Sri Sepang, Tanjung Sepat New Vilage dan Berek Polis Tanjung Sepat.

 

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Amin Lin Abdullah gangguan air akan berlaku bermula 9 malam Isnin, 28 Disember sehingga 5 pagi keesokan harinya.

 

Kerja-kerja menaik taraf ini adalah bagi pembangunan Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil.

 

“Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Disember,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di laman utama Syabas.

 

Bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh masa 16 jam bermula pukul 5 pagi keesokannya.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut pengguna boleh muat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS melalui Google Playstore dan AppStore atau layari www.syabas.com.my dan akaun rasmi laman sosial Syabas iaitu Facebook SYABAS puspel dan Twitter SYABAS puspel.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*