Pas tetap akan bertanding Pilihan Raya Negeri Sarawak: Nik Amar

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) bertegas untuk bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dun Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April tahun depan tegas Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 

 

Menurut laporan Sinar Harian Online, Mohd Amar berkata pihaknya telah melakukan kajian dan mendapati Pas mempunyai keperluan untuk bertanding sebaga parti alternatif kepada pengundi yang tidak mahu mengundi DAP dan Umno.

 

“Samada kalah atau menang, itu bukan keutamaannya. Itu isu lain. Sejak dari dulu lagipun kita memang bertanding di Sarawak dan kerusi semakin bertambah. Kajian juga telah membuktikan satu keperluan untuk kita bertanding di sana,”katanya kepada media di sini.

 

Mohd Amar berkata, Pas tidak memandang kemenangan secara menyeluruh sebagai faktor utama, namun apa yang penting ialah penglibatan pemimpinnya bersama masyarakat melalui ceramah dan kempen.

 

Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata Pas berkemungkinan tidak akan mempunyai kerusi dalam PRN tersebut.

 

Menurut Wan Azizah, parti tersebut kurang mendapat sambutan di Sarawak berbanding di semenanjung.

 

Walaubagaimanapun, Wan Azizah menjelaskan pihaknya masih belum membincangkan perkara tersebut dengan lebih teliti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*