PTPTN: Penjelasan isu pemotongan gaji penjawat awam esok

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin ini bagi menjelaskan isu pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi pembayaran balik hutang pembiayaan PTPTN lapor Bernama.


Menurut Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah, perkara tersebut akan diperjelaskan setelah pihaknya meneliti semua dasar berkaitan atau mungkin hanya satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh PTPTN.

“Kami (PTPTN) akan mengadakan sidang media mengenai ini pada Isnin depan atau saya akan bagi kenyataan media kalau tak sempat PC (sidang media), kerana ada beberapa dasar yang perlu diteliti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Selasa lepas, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mengkritik tindakan PTPTN melakukan pemotongan gaji sehingga kadar maksimum dan menjejaskan kewanangan sebahagian penjawat 
awam.

Ceupacs turut menegaskan untuk menarik balik kebenaran terhadap agensi itu untuk membuat pemotongan gaji penjawat awam, sekiranya mereka masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Dalam pada itu, Azih turut mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam telah dikenakan pemotongan gaji antara 30 peratus dan100 peratus bagi pembayaran balik hutang tersebut.

“Sepatutnya buatlah pemotongan gaji mengikut kemampuan mereka. Potong RM100 sebulan hingga 10 tahun ke, ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*