Burung Pungguk Basmi Tikus

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil langkah berani dengan memperkenalkan projek mengawal populasi tikus di sekitar kawasan pentadbirannya dengan menggunakan burung pungguk. 
 
Menurut Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, projek itu merupakan yang pertama dilaksanakan di Asia.
 
“Selain USM, kita turut mendapat sokongan Jabatan Perlindungan¬ Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan syarikat swasta, SJ Echo dalam melaksanakan pendekatan mesra alam ini berbanding penggunaan racun kimia sebelum ini.
 
“Sebanyak 24 burung pungguk akan dilepaskan di sekitar kawasan yang telah dikenal pasti antaranya Bandar Sunway, Subang Jaya dan USJ,” katanya.
 
“Sejak tahun 2013 sebanyak 8,463 ekor tikus telah berjaya dibasmi oleh MPSJ melalui penguatkuasaan dan operasi yang dijalankan di kawasan premis komersial dan perumahan melalui perangkap dan racun kimia.
 
“Bagaimanapun, usaha itu kurang berkesan kerana tahap toleransi¬ tikus di kawasan bandar yang sudah tidak lali terhadap racun yang digunakan,” katanya.
 
Seorang penduduk Subang Jaya yang dihubungi Merahkuning.com berkata ketika beliau bekerja di Sime Darby ,penggunaan burung pungguk memang digunakan untuk membasmi tikus di ladang. Beliau menggunakan racun dan perangkap tikus untuk membasmi tikus dirumahnya walaupun penggunaan perangkap tidak membantu untuk membasmi tikus yang berkeliaran.
 
Menurut beliau lagi, kebersihan kawasan perumahan adalah penyebab utama kehadiran tikus, pembuangan sampah sarap yang tidak terurus dan pengurusan sisa-sisa makanan di kedai-kedai.
 
“Burung pungguk hanya beroperasi diluar rumah tetapi tikus-tikus masih berkeliaran didalam rumah”.katanya lagi.
 
Seorang lagi penduduk, Haji Azlipudin berkata hasil projek ini adalah jangka masa panjang, untuk jangka masa pendek tidak nampak hasilnya lagi.
 
“ Hanya dua ekor burung pungguk telah dilepaskan di SS15 dan akan dilepaskan empat ekor lagi’.Tambahnya lagi.
 
Menurut beliau, gotong royong penduduk salah satu cara hendak menyelesaikan masalah tikus ini selain daripada melancarkan proses pengurusan sampah.
 
Menurut seorang penduduk di Kayu Ara, Encik Ganesan berkata beliau berpendapat penggunaan burung pungguk ini adalah lebih baik daripada menggunakan racun sebagai pembasmi tikus.
 
“Jika menggunakan racun, ia boleh memudaratkan binatang lain yang memakan tikus tersebut dan menjadi kesukaran sekiranya tikus tersebut mati diatas rumah”.Katanya lagi.
 
Tambahnya lagi, pengurusan sampah tidak begitu memuaskan, sampah sarap tidak dikutip dengan kerap menarik tikus untuk membiak.
 
 
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*