GST Membebankan Menjelang Musim Persekolahan

Terkesan dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST (Goods and Service Tax), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.
 
Bagi menjelaskan isu ini, Merahkuning.com berpeluang mendapatkan pandangan daripada beberapa orang pengguna.
 
Habib Shah,28 tahun ketika dihubungi Merahkuning.com berkata kalau diikutkan barangan sekolah tidak boleh dikenakan GST kerana ia adalah perkara asas yang kerajaan kena tanggung untuk rakyat berkaitan pelajaran.
 
“Jika hendak dibandingkan penggunaan GST dinegara luar, kadar GST dan pendapatan rakyat mereka seimbang”. Katanya.
 
Beliau secara jujurnya mengatakan sebagai bapa, merasakan terbeban dengan kehadiran GST. Harga baju dan peralatan sekolah berganda sedangkan sekali masuk sekolah 3 hingga 4 orang anak.
 
Seorang lagi pengguna, Huzaifah Mokhtar,26 tahun menyifatkan  GST adalah cukai yg paling berkesan dan memberi kesan kepada rakyat iaitu berkesan dari sudut kutipan, kerajaan mampu memungut cukai daripada seluruh rakyat malaysia tanpa kecuali.
 
Kedua, memberi kesan kepada rakyat, harga barang akan meningkat ekoran GST yg cukup lebar jaringannya.
 
“Rakyat tidak akan berjaya lari daripada cukai kerana GST dimana-mana bermula lahirnya bayi sehinggalah ke liang lahad, GST wujud”. Katanya.
 
Semalam, Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan UUM, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, pada peringkat permulaan, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST bagi sebarang pembelian barangan keperluan persekolahan di koperasi-koperasi sekolah.
 
Menurutnya, pelajar merupakan aset kepada masa depan negara dan kerajaan sewajar memberikan keutamaan dan keprihatinan kepada nasib mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*