Negara dilanda ElNino?

Apakah itu El nino?

 

El Nino adalah satu fenomena cuaca yang berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia berlaku secara global yang melibatkan

banyak negara bukan Malaysia sahaja yang terkena.

 

El Nino mula berlaku apabila anomali suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik dengan

suhu melebihi 0.5 darjah celcius selama 5 bulan berturut-turut.

 

Semasa fenomena El Nino melanda, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membawa haba dan lembapan tambahan

kepada atmosfera yang berada di atasnya.

 

Pergerakan udara lembap akan naik dengan kuat dan membentuk kawasan berawan konvektif dan ribut petir serta hujan lebat

dikawasan berkenaan.

 

Dibahagian Khatulistiwa Pasifik Barat seperti Malaysia, Indonesia, Brunie, Singapura dan Filipina akan mengalami tekanan

atmosfera yang meningkat sedikit dan meyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding biasa.

 

El Nino akan menjadi fenomena cuaca di beberapa kawasan di dunia termasuklah kawasan Asia Tenggara, Afrika, India,

Benua Amerika, Australia.

 

El Nino terbahagi kepada dua bahagian, dimana di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan juga Utara

Australia kebiasaanya akan mengalami cuaca kering.

 

 

 

Manakala dikawasan pantai barat Amerika (termasuk Amerika Utara) pula aka dilanda cuaca yang lembap dan berkemungkinan

berlakunya banjir yang buruk. Semua keadaan ini bergantung kepada tahap kekuatan fenomena El Nino berlaku.

 

Fenomena El Nino bukanlah fenomena yang berlaku secara bermusim, ia selalunya berlaku dalam setiap 3-7 tahun sekali.

Dan tempoh tercetusnya El Nino ini pula antara 6 hingga 18 bulan. Jadi maknanya Malaysia berisiko dilanda cuaca kering dan

panas selama 18 bulan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*