SMK Meru terbakar

Meru- Sebuah sekolah di daerah Meru, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru hangus dalam kebakaran awal pagi hari ini.

 

Merahkuning.com terus menghubungi ADUN Meru untuk mendapatkan maklumat tentang kebakaran ini.

 

 

Menurut YB Dr.Rani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru berkata, kebakaran berlaku pada pukul 5.00 pagi tadi. Sebab kebakaran masih dalam siasatan bomba. Antara kelas yang terlibat seperti kelas memasak dan kelas disiplin.

 

“Saya difahamkan kemungkinan hari ini atau esok Datuk Menteri Besar dan ahli EXCO Dr.Daroyah Alwi akan turun, Alhamdulillah tiada kecederaan dilaporkan,”jelasnya.

 

“Alhamdulillah, pihak bomba tiba cepat dan berjaya mengawal keadaan,” tambahnya lagi.

 

Sekolah ini menempatkan hampir 5000 orang pelajar itu manakala bilangan guru pula seramai 239 orang dan 30 orang kakitangan sekolah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*