Susulan mahasiswa tidak berduit: Orang ramai setuju kajian berasas

Kajian Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mungkin tepat dan berasas demikian pendapat sebahagian mahasiswa dalam satu tinjuan rambang oleh merahkuning.com bagi mendapatkan reaksi mengenai isu mahasiswa tidak berduit untuk makan.

 

Walaubagaimanapun mereka turut berpendapat mahasiswa perlu lebih bijak untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan peluang yang ada sama ada bantuan pihak universiti atau melakukan kerja sambilan.

 

Terdahulu MVM mendedahkan seramai 18,675 atau 74 peratus daripada 25,632 siswa yang ditemu ramah mendakwa mereka tidak berduit untuk makan

 

Seorang mahasiswi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Siti Sakinah Yaakob, 23, berpendapat masalah ini sudah menjadi perkara biasa dikalangan mahasiswa.

 

“Sebagai pelajar saya dan rakan-rakan turut mengalami masalah ini. Kadang kami hanya makan nasi kosong dengan telur kerana terpaksa ikut perut terutama di hujung semester.

 

“Mahasiswa perlu bijak untuk mengawal perbelanjaan supaya tidak kehabisan duit dihujung semester. Jangan kita enjoy awal semester dihujung semester kita sengsara,” tambah beliau.

 

Menurut Sakinah beliau turut melakukan kerja sambilan dengan menjual tudung secara online untuk mendapatkan duit tambahan.

 

Sementara graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Wan Ahmad Khairi Wan Ahmad, 25, berkongsi nada yang sama.

 

Bagi Khairi mahasiswa perlu mengenal pasti bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak universiti sendiri.

 

“Selain itu mahasiswa juga perlu sentiasa mengambil tahu perkembangan rakan-rakan mereka. Sentiasa bertanya khabar dan berkongsi maklumat.

 

“Mahasiswa mempunyai banyak kemahiran, gunakan kemahiran ini untuk menjana duit sampingan seperti mengejar tuisyen atau mengambil upah menyediakan poster dan design,” tambah Khairi yang turut mengakui perkara yang sama dilalui beliau sewaktu bergelar mahasiswa.

 

Semestara itu tinjaun merahkuning.com melalui media sosial facebook juga mendapat pelbaga reaksi orang ramai.

 

Salah seorang pengguna berkongsi pengalamannya sewaktu bergelar mahasiswa.

 

“Saya dulu hadapi masalah ini juga, jadi kena pandai untuk selesaikan masalah. Saya menyertai pelbagai aktiviti di universiti dan selalunya ada makan diagihkan kepada peserta.

 

“Kadang saya berpuasa dan berbuka di universiti. Makannya lebih mewah daripada makan di kedai,” tambahnya.

 

Merahkuning.com berpendapat isu ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan menasihati mahasiswa agar bijak menguruskan kewangan dan mencari peluang untuk menambah duit sampingan.

 

Selain itu pihak swasta juga perlu meringankan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada mahasiswa.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*