Pas Kapar ikrar pertahan kerusi dimenangi PRU lepas

 

PAS Kawasan Kapar berikrar mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

 

Terdahulu ada PRU ke-13 PAS telah memenangin dua daripada empat DUN yang dipertandingan iaitu Meru dan Selat Klang manakala dua lagi DUN iaitu Sungai Pinang dan Sementa dimenangi oleh DAP dan Barisan Nasional (BN).

 

Menurut Ketua Penerang Kawasan Kapar, Mohamed Senu Saad, sasaran juga ditetapkan pada tahun 2016 adalah untuk menambah keahlian PAS di kawasan tersebut kepada 10, 000 ahli.

 

“Buat masa ini jumlah ahli di Kapar adalah seramai 8,000 orang dan kita harap akan meningkat kepada 10,000 pada hujung tahun ini.

 

“Kapar juga mensasarkan untuk menambah jumlah cawangan yang ada daripada 69 kepada 100 cawangan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Merahkuning.com selepas Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan Kapar.

 

 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Dewan Orang Ramai Dato Ahmad Razali di Sementa.

 

Dalam pada itu, majlis semalam turut menyaksikan penyerahan 725 pendaftaran ahli baru.

 

Di hujung majlis seramai 509 ahli yang hadir mengangkat poster bantah Perjanjian Strategik Trans-Pasifik dan menyatakan kehadiran ke perhimpunan bantah TPPA pada 23 Januari ini bertempat di Dataran Merdeka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*