Hidangan biasa rasa “luar biasa” di kedai Nasi JJ TTDI Jaya

Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Kelantan pastinya pernah merasai keenakan nasi kak wok yang merupakan antara menu istimewa dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Hidangan nasi yang ringkas dengan lauk ayam gorang berempah dipotong kecil, gulai ayam dan sambal sangat sederhana namum mempunyai rasanya yang tersendiri dan mampu memikat pelanggan.

 

 

Kini, hidangan istimewa dari Kelantan itu boleh dinikmati di Kedai Nasi JJ yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam dengan harga yang berpatutan. Merahkuning.com berkesempatan mengunjungi kedai ini dan merasai sendiri keenakan nasi Kak Wok.

 

 

Walaupun tidak menyediakan makanan dengan pelbagai menu, namun sambutan di kedai ini sangat menggalakkan. Pelanggan dilihat beratur panjang untuk mendapatkan sebungkus nasi dengan harga RM5. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

 

 

Kedai Nasi JJ beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang pada hujung minggu. Orang ramai boleh mengunjungi Kedai Nasi JJ di alamat No. 50, Jalan Opera J U2/J, 40150 Shah Alam, Selangor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*