Biar penat di dunia untuk taat, semoga di sana kita dapat beristirahat – Ahmad Dusuki

Terkenal sebagai personaliti dakwah dan imej sebagai pendakwah terkenal, ramai yang tidak tahu penglibatan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Roni dalam pentas politik bukanlah sesuatu yang asing. Meskipun jadual beliau banyak diisi dengan menghadiri jemputan kuliah selain kesibukan sebagai pengasas Darul Thibbun Nabawi, Ahmad Dusuki Abd Rani ternyata tidak pernah mengetepikan urusan politik yang menjadi tunjang pembangunan sesebuah negara.

Pembahagian kerusi pihak berkuasa tempatan (pbt) kerajaan negeri Selangor baru-baru ini mengaksikan Ahmad Dusuki telah dipilih untuk mengisi jawatan ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS) juga sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1.

Merahkuning.com mengambil kesempatan untuk mengikuti kuliah mingguan Ahmad Dusuki di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menemu bual beliau secara ringkas.

Ketika ditanya mengenai pelantikan tersebut dengan tugasan sedia ada bagi Ahmad Dusuki biarpun penat dengan segala urusan ini, kepenatan tersebut hanya sementara.

“Biar kita penat di dunia, akhirat tempat kita berehat,” kata Ahmad Dusuki

Bagi beliau, penglibatan dalam pentas politik  tidak berpisah daripada usaha dakwah.

“Ianya satu perkara yang sama sahaja di antara dakwah dan siasah (politik). Dalam siasah ada dakwah. Cuma bezanya ianya menambahkan lagi beban saya di hadapan Allah nanti.”

“Lebih banyak perkara yang perlu saya jawab nanti.”

“Oleh itu untuk tempoh sekitar tiga bulan pertama ini saya akan cuba untuk mengenali suasana masyarakat Zon 1 serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin setempat untuk mendapatkan gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh masyarakat,” tambah beliau.

Merahkuning.com berharap Ahmad Dusuki dapat menjalankan segala tugasan yang diamanahkan kepada beliau sebaiknya.

Bersama ini kami sertakan profil ringkas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Nama : Ahmad Dusuki Abd Rani 

Tempat Lahir : Jerantut Pahang Darul Makmur

Pendidikan :

– Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut Pahang.
– Sekolah Menengah Maahad Darul Anuar Kota Bharu.
– Sekolah menengah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. 
– Universiti Al-Azhar Mesir (bidang Syariah dan Undang- undang- syukbah Islamiah) (1995-1999).

Kelulusan Akademik:

Dalam negara:-

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Tinggi Agama (STU)

Luar Negara :-

Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang- undang di Universiti Al-Azhar.

Tauliah : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No Ruj Jai.Sel/bpd/03/024/5 JLD

Pengalaman :

– Menjadi Guru sandaran di sekolah Kebangsaan Taman Midah Cheras pada sesi 1994-1995.
– Menjadi guru sandaran Sekolah Menengah Agama Batu 10 Cheras 1995 .
– Pensyarah Kolej Sistematik (2000-2004) – Penasihat Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Johan Setia Klang (2003-2011).
– Penasihat Kompleks Ilmu Al Azhari (KIAZ) Machang Kelantan .
– Penceramah Radio Selangor FM rancangan Suara Mimbar (2001 hingga kini).
– Penceramah Radio Nasional FM rancangan Dinamik, Fiqhul Sirrah (2002 sehingga kini).
– Tenaga pengajar Persatuan Orang pencen (pop) Masjid sultan Salahuddin Abd Aziz masjid negeri Selangor (2000 sehingga kini).
– Pembentang kertas kerja di seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan jabatan jabatan kerajaan dan swasta.
– Penceramah di masjid-masjid, Surau, dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta di negeri Selangor, Perak, Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan kawasan sekitar.
– Penal Forum Perdana Nasional F.M dan RTM.
-Panel Rancangan Mauizzhoti Radio IKIM.
– Panel Al Kulliyah TV3, Panel Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 – Pengasas Darul Thibbun Nabawi. Maahad Tahfiz An Nabawi.
– Penulis buku “Mohonlah redha Ilahi” terbitan karangkraf Malaysia.

Penglibatan dalam Politik
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor.
Ahli Jawatankuasa Lujnah Dakwah PAS Pusat.

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*