Perlantikan Ahli Dhpp Sebagai Ahli Majlis Bukti Dhpp Ada Peranan Penting Di Dalam Pas

PAS mengiktiraf kemampuan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ) apabila 6 orang ahli mereka telah disenaraikan untuk menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, YB Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ini membuktikan bahawa ahli-ahli DHPP telah diberikan peranan yang penting oleh PAS. Mereka bukan sahaja diberi peluang memainkan peranan di kalangan masyarakat bukan Islam tetapi juga di kalangan masyarakat Islam.

“Ini bermakna dakwaan bahawa DHPP mempunyai peranan yang terhad di dalam PAS adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Ahli-Ahli Majlis yang dilantik dari DHPP itu adalah,
1. Dato’ Deepakaran A/L Karuppiah – Ahli Majlis Perbandaran Klang
2. En Anandan A/P Damodaran – Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor
3. Puan Rajeswary A/P Palakrishnan – Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor
4. En Kong Tuck Wah – Ahli Majlis Perbandaran Sepang
5. En Rajan A/L Manekesan – Ahli Majlis Daerah Kuala Langat
6. Ng Kok Chuan – Ahli Majlis Perbandaran Selayang 

Mereka telah mengangkat sumpah di PBT masing-masing pada awal bulan ini. Selain dari itu, mereka telah juga melafazkan ikrar taat setia kepada PAS di dalam satu majlis khas di Shah Alam pada 13 Februari lepas. Ahli-Ahli Majlis PAS yang lain turut melafazkan ikrar tersebut di majlis tersebut.

Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Rajeswary mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana percaya dan melantik wakil DHPP sebagai Ahli-Ahli Majlis di 6 PBT.

“Saya akan menjalankan amanat yang diberi ini dengan penuh ikhlas dan jujur demi rakyat dan untuk menjaga nama baik kedua ibubapa,DHPP dan PAS”.katanya .

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Muslimat khasnya Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor (DMPNS) kerana banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat kepada saya sehingga sekarang khasnya Ketua Muslimat DMPNS Kak Wan Hasrina Wan Hassan dan kawan baik saya Pn.Norazlin Shamsudin.Tidak lupa juga kepada Dewan Muslimat Hulu Selangor. Semoga tuhan berikan kami kekuatan dan kesihatan yang sihat untuk kami berjuang bersama PAS,“ISTIQAMAH BERSAMA PAS HINGGA KEMENANGAN”.katanya lagi.

 

Menurut rekod, wakil DHPP telah dilantik sebagai ahli majlis PBT di Selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah dari 2008 lagi.

Merahkuning.com mengucapkan selamat bertugas kepada semua barisan Ahli Majlis yang telah dilantik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*