Kafe hipster pilihan warga kota

Kedai kopi atau kafe hipster kini menjadi trend kepada warga kota. Kafe sebegini dilihat semakin sinonim di kalangan masyarakat dan menjadi pilihan untuk meluangkan masa secara santai bersama teman rapat atau keluarga.

 

Terdapat pelbagai jenis kafe yang popular antaranya kafe yang menyediakan makanan tradisi dan makanan barat. Dengan pelbagai pilihan sajian serta suasana yang santai dan kondusif dilengkapi kemudahan seperti wifi, berkunjung ke kafe sebegini tentunya memberi pilihan kepada orang ramai untuk meluangkan masa sambil beraktiviti seperti mengadakan perbincangan santai.

 

Merahkuning.com berkesempatan mengunjungi salah sebuah kafe hipster di Shah Alam, The Sumbs. The Sumbs terletak di Pusat Perniagaan Worldwide, Seksyen 13, dimiliki oleh selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob. Kafe ini menawarkan pilihan makanan yang pelbagai seperti Appetizer dan Snack Delight, Local Delight, Pasta Delight, Sandwich Delight, Western Delight, dan Dessert Delights.

 

 

Beroperasi pada setiap hari sabtu hingga khamis, kafe ini boleh dikunjungi bermula pukul 12 tengahari sehingga 11 malam.

 

Antara menu pilihan merahkuning.com sewaktu berkunjung ke kafe ini adalah Kuih Chorrus atau juga dikenali sebagai kuih belimbing dan juga hidangan. Hidangan ini walaupun ringkan, namun cukup untuk mengalas perut. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

 

Jika dilihat kepada dekorasi kafe ini agak santai dibahagian luar, namun dekorasi bahagian dalam agak padat namun masih tersusun. Servis yang disediakan juga memuaskan
secara keseluruhan.

 

Sedikit menghairan merahkuning.com, setiap hidangan yang disediakan adalah dalam bentuk bungkusan kota dan minuman dihidang dalam cawan kertas. Secara ekonomi ianya mungkin menguntungkan kerana pengusaha kerana mampu menjimatkan kos operasi namun kurang sihat kepada alam sekitar.

 

Berikut merupakan butiran kafe The Sumbs:

 

Alamat: Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Jumaat.
Telefon: +6017-2888 658

 

Di Shah Alam juga masih terdapat pelbagai pilihan kafe yang terkenal dan menarik untuk dikunjungi. Antaranya Foodsburry, Cake Jalan Tiung, Kopimeo, Brew & Bread, Holy
Smoke Cafe, Bert’s Cafe.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*