Seminar 3R Majlis Daerah Kuala Langat pupuk semangat cintai alam sekitar

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan kerjasama Yasasan Tzu Chi menganjurkan Seminar 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle pada 29 Februari lalu bertempat di Dewan Belia MDKL, Banting bertujuan memupuk kesedaran kepada masyarakat di semua peringkat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

 

Menurut Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Ab Rahman Amir, seminar satu hari itu bertujuan memberi kesedaran agar orang ramai agar turut terlibat dalam menjaga kebersihan dan kesihatan alam sekitar terutama di daerah Kuala Langat.

 

“Orang ramai hanya ingat masalah alam sekitar seperti penipisan lapisan ozan dan peningkatan suhu dunia adalah akibat daripada industri besar serta pembakaran terbuka secara berleluasa dan seumpamanya. Namun masalah ini juga sebanyar disebabkan sikap suka membuang sampah.

 

“Gas-gas yang dilepaskan kerana sisa pepejal hasil aktiviti seharian juga menyumbang kepada masalah ini. Selain itu penggunaan barangan plastik yang sukar untuk dilupuskan menjejaskan alam sekitar,” kata Ab Rahman ketika dihubungi Merahkuning.com.

Menurut Ab Rahman lagi, lebih 4 tan sampah dihasilkan sehari diseluruh daerah Kuala Langat pada tahun 2014 dan telah meningkat kepada 6 tan pada tahun 2015.

 

“Oleh itu kita mahu orang ramai faham keperluan untuk bersama-sama menjaga alam sekitar. Kita mahu sama-sama mengamalkan budaya kitar semula dan juga guna semula barangan terpakai,” tambah Ab Rahman.

 

Sepanjang seminar berlangsung turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan kuiz kanak-kanak, pameran, penerangan mengenai guna semula barangan terpakai dan ceramah umum.

 

Program sehari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pendudukan setempat, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*