“Pembangunan Insan” Misi Utama Abdul Halim

Berperwatakan sederhana memudahkan Merahkuning.com mendekati insan ini. Haji Abdul Halim bin Omar dilahirkan pada tahun 1968 ,beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai tujuh orang anak. Beliau berkelulusan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Akauntan. Beliau memulakan kerjaya dibeberapa syarikat seperti di Telekom Malaysia ,Celcom dan akhir sekali bertugas di Takaful Malaysia sebagai Pengurus Jabatan audit dan Compliance, beliau menamatkan perkhidmatan di Takaful Malaysia pada tahun 2009.

Bermula dari tahun 2009 sehingga kini, beliau menjalankan perniagaan sendiri , beliau mempunyai dua buah syarikat iaitu Sinar Dinamik Resources dan Primera Solution Sendirian Berhad. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula bergiat aktif dalam PAS pada awal 1990, walaubagaimanapun , beliau tidak mengalami tentangan daripada keluarga ekoran beliau dilahirkan dalam keluarga yang mendokong PAS.
Dalam PAS, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan sebagai Ketua Penerangan PAS Shah Alam pada tahun 2009.

 

Kini, beliau memegang amanah sebagai seorang Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam. Beliau juga bergiat aktif bersama NGO Kebajikan dan Kemasyarakatan .Pada sesi pemilihan Ahli Majlis pada kali ini, Haji Abdul Halim telah diberi mandat untuk mengisi kerusi Ahli Majlis Pas. Beliau secara rasminya menjadi Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Zon 6.

VISI DAN MISI SEBAGAI AHLI MAJLIS

Ada tiga perkara yang dapat dilihat, yang pertama berkaitan infrastruktur seperti jalan, kebersihan dan juga pembangunan manusia kerana urusan pembangunan insan ini kurang disentuh secara agresif. Peruntukan yang ada lebih kepada selain kemanusiaan dan fokus kepada kemudahan awam sahaja. Memetik ucapan Datuk Bandar Shah alam, beliau berkata, Datuk Bandar‎ mahu usaha menegakkan syiar Islam dipertingkatkan, Beliau berpendapat insfrastruktur di Shah Alam kurang mmemuaskan , begitu juga dengan tahap kebersihan yang bersifat memilih tempat.

CABARAN

Beliau yang menjaga Zon 6 (Seksyen 16,17 dan Padang Jawa) berhasrat ingin membangunkan masyarakatnya supaya lebih prihatin dan dapat menghayati unsur kemanusia dan mendampingi agama secara lebih tersusun dan lebih kerap. Beliau mengatakan perspektif utamanya adalah kebersihan, infrastruktur dan kemanusiaan. Tanpa kemanusiaan ,pembangunan tiada ertinya.

 

Beliau baru menubuhkan jawatankuasa penduduk zon 6 yang melibatkan semua komuniti parti,masjid dan kampung. Beliau menjaga kawasan yang merangkumi golongan pertengahan. Cabaran utama ialah bagaimana kita nk menarik keterlibatan mereka secara langsung dalam program Ahli Majlis. Seperti yang sedia maklum, keterlibatan orang melayu dalam aktiviti kemasyarakatn dan kebajikan makin mundur berbanding dulu. Apabila ditanya mengenai falsafah hidupnya, beliau ingin manusia untuk mengembalikan penghayatan islam dalam kehidupan, tugas kita didunia adalah untuk selamatkan manusia daripada kegagalan ke akhirat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*