Stadium Melawati kembali dibuka menentang Kedah

 

 

 

Stadium Melawati Shah Alam dijangka akan kembali sebagai gelanggang utama pasukan Liga Super, Selangor pada 5 April setelah kerja-kerja menggantikan rumput baru dijangka siap sepenuhnya pada 19 Mac ini.

 

Pada tarikh tersebut pasukan The Red Giant akan melayani kunjungan pasukan Kedah dalam aksi Liga Super.

Menurut Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, projek naik taraf tersebut menelan belanja sebanyak RM200,000 melibatkan kerja menanam rumput jenis ‘cow grass’ yang mengambil masa kira-kira tiga hari selepas ditanam sebelum akarnya menjadi kuat.

“Kerja ini menelan kos sebanyak RM200,000 dan kerja bermula selepas berakhir Piala Malaysia. Bukan tanam rumput sahaja, di bahagian bawah tanah juga ditanam bahan tertentu untuk mengukuhkan lagi akar bila rumput ini ditanam.

“Ini sesuai dengan keadaan Stadium Shah Alam yang terpaksa menjadi tuan rumah kepada perlawanan Antarabangsa,” kata Amirudin kepada media selepas meninjau kemajuan kerja menggantikan rumput di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut Amirudin Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menjalankan kerja menggantikan rumput ini pada sebelah malam
ekoran keadaan cuaca panas pada masa ini.

Amirudin juga berharap, tumpuan pemain ketika perlawanan dapat ditingkatkan apabila bermain di Stadium Shah Alam nanti.

“Bermain sebagai tuan rumah memang mempunyai kelebihan tersendiri tetapi bukan jaminan sebab kita dapat lihat pada musim lalu, kita tewas dengan Kelantan 0-3 di laman sendiri dan begitu juga dengan Tampines Rovers.

“Cuma saya ingin sebutkan bila bermain di laman sendiri dengan padang yang baik, fokus pemain boleh ditingkatkan,” katanya.

Rumput jenis ‘cow grass’ iaitu sejenis rumput paling tahan dan digunakan di beberapa stadium termasuk di Stadium Larkin, Johor Baharu juga menggunakan rumput jenis ini.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*