Kerajaan Selangor ambil langkah berjaga-jaga isu cuaca panas

Kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah bersiap sedia dalam menghadapi cuaca panas melampau akibat daripada fenomena el Nino walaupun Selangor situasi di Selangor tidak seteruk beberapa negeri lain.

 

Menurut exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib kerajaan 

di Selangor masih terkawal dan kerajaan negeri telah memulakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan bekalan air sentiasa berada ditahap memuaskan.

 

“Kerajaan negeri telah melakukan pelbagai usaha dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi seperti melakukan pembenihan awan.

 

Alhamdulillah dengan pengalaman kerajaan negeri kita sudah dapat kaedah untuk pastikan hasil (hujan) yang tinggi.

 

“Yang kedua kita juga ada kolam-kolam takungan di sepanjang sungai Selangor utk membekal air sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi Merahkuning.com hari ini.

 

Kerajaan negeri turut menjalankan projek pemindahan air antara empangan Langat dan juga empangan Semenyih selain pemindahan bekalan air antara negeri Selangor dan Pahang.

 

Selain kerajaan negeri bakal melancarkan kempen penjimatan air pada 27 Mac depan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat.

 

Zaidy dalam pada itu turut menasihati orang ramai agar banyakkan meminum air dan sentiasa menjaga kesihatan.

Sementara Merahkuning.com turut melakukan tinjaun di sekitar seksyen 7, Shah Alam untuk mendapatkan reaksi orang ramai terhadap cadangan Kementerian Pendidikan untuk melanjutkan cuti sekolah sekiranya cuaca semakin teruk.

 

Bagi Mohd Uzir Zubir, 25, pelajar sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM) langkah tersebut wajar sekiranyanya keadaan semakin teruk.

 

“Dalam keadaan ini isu kesihatan para pelajar perlu diutamakan. Kalau boleh kita tidak mahu ada masalah lain berlaku. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan jumlah yang ramai,” kata Mohd Uzir.

 

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan sebelum ini mengumumkan kementariannya akan berbincang mengenai isu tersebut dan tindakan melanjutkan cuti sekolah akan diambil sekiranya keadaan memerlukan.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*