Selangor bangkit daripada ketinggalan, lakar kemenangan pertama di pentas AFC

Pasukan Selangor bangkit daripada ketinggalan dan mencatat kemenangan 4-3 ke atas wakil Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi LTD pada aksi ketiga Kumpulan E Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Gergasi Merah kembali menghidupkan peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kedua setelah seri pada dua pertembuangan sebelum ini.

 

Perlawanan bermula rancak dengan pasukan tuan rumah terlebih dahulu meledakkan gol hasil jaringan pemain import Gambia, Landing Darboe pada minit ke-28 menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

 

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pelawat memecahkan kebuntuan pada 10 minit kemudian melalui penyerang, Patrick Ronaldinho Wleh yang menanduk masuk hantaran Mauro Olivi pada.

 

Bermula separuh masa kedua, Selangor menggandakan asakan ke kubu lawan dan berjaya menjaringkan gol kedua melalui pemain tengah R. Gopinathan setelah menerima hantaran silang daripada Patrick pada minit ke-53.

 

Beberapa kesilapan mudah benteng pertahanan menyaksikan pasukan pelawat hampir-hampir dihukum apabila pasukan tuan rumah berjaya menghasilkkan dua gol pantas melalui Emeka Onuoha an Wedson Alselme masing-masing pada minit ke-64 dan 65.

 

Mauro Olivi sekali lagi menyelamatkan pasukan Selangor untuk mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke 69 selepas bola hantaran Patrick berjaya disempurnakan sebelum mengesahkan kemenangan Selangor melalui satu gerakan solo pada minit ke-82.

 

Dalam pada itu, pendahulu Kumpulan E, Tampines Rovers dari Singapura terus kekal menerajui Kumpulan E walaupun seri 1-1 menentang wakil Filipina, Ceres La Salle FC di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 

Selangor akan berdepan kelab Bangladesh itu di Stadium Shah Alam, manakala Ceres La Salle FC menanti kunjungan Tampines Rovers di laman sendiri, pada aksi keempat Kumpulan E, 12 April ini.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*