Bekalan air di Selangor kritikal menjelang 2017

Kelewatan pembinaan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat Dua yang dijangka siap pada tahun 2019 meletakkan bekalan air negeri itu pada tahap yang kritikal pada bermula tahun 2017.

 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kelewatan itu memaksa kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM 800 juta bagi membangunkan dua buah loji rawatan air baru.

 

“Projek Langat dua yang dijadualkan siap pada tahun 2017 dijangka berlaku kelewatan dan hanya siap dalam jangka waktu 2019.

 

“Maka tempoh 2017 hingga 2019 adakah tempoh yang kritikal kerana kelewatan Langat dua.

 

“Maka kita tidak ada pilihan oleh kerana kita ada sumber kewangan yang kukuh kita akan guna sebahagian daripada peruntukan ini untuk membina loji rawatan air yang baru di Labohan Dagang dan Semenyih.

 

“Kita percaya, dengan siapnya dua loji rawatan ini dapat menampung kegunaan air perawat dalam tempoh kritikal,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Mitigasi Dua di Rawang hari ini.

 

Menurut Mohamed Azmin, kedua-dua projek itu dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

 

“Permintaan air meningkat, kepadatan penduduk juga meningkat kerana banyak rakyat berminat dan berhijrah ke negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan.

 

“Sudah tentu permintaan itu (air) meningkat,” katanya yang menganggarkan penduduk negeri Selangor merupakan pengguna air terbanyak di negeri itu.

 

Mohamed Azmin turut mengingatkan rakyat Selangor supaya menggunakan air dengan berhemah dan tidak membazir.

 

“Selangor mencatatkan penggunaan 235 liter sehari bagi satu isi rumah. Ia perkara yang serius. Selangor pengguna air terbesar berbanding negeri lain.

 

“Kita mahu semua pihak bersama-sama supaya masalah bekalan air dapat diatasi,” katanya.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*