Ho Chi Minh Akan Pasang Lebih Banyak Kamera Pemantau

 

HO CHI MINH, 25 Mac (Bernama) — Bandaraya Ho Chi Minh akan memasang 710 unit kamera pemantau lagi bagi membantu memastikan keselamatan dan keamanan di Vietnam terjamin, lapor agensi berita China, Xinhua yang memetik laporan akhbar tempatan Thanh Nien (Young People) pada Jumaat.


Bandar raya itu telahpun memasang banyak kamera pemantau di sepanjang beberapa jalan dan di depan kafe atau pusat urut yang melindungi kegiatan pelacuran.

Sejak awal Februari, kira-kira 300 anggota polis mengawal sepanjang 18 jalan dan laluan di mana sering berlaku kecurian dan rompakan, di 11 daerah dalam bandar raya ini,” kata Kolonel Nguyen Sy Quang, jurucakap Jabatan Polis Bandaraya Ho Chi Minh.

“Kebanyakan pencuri dan perompak yang ditahan baru-baru ini adalah penagih dadah. Ketika ini, Bandaraya Ho Chi Minh mempunyai kira-kira 20,000 penagih dadah,” katanya.

— BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*