Harga Petrol Naik 10 sen, RON95 Dijual RM1.70

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen dan 20 sen seliter bagi diesel berkuat kuasa tengah malam ini.

Peningkatan ini bermakna harga baru RON95 akan menjadi RM1.70 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.05 seliter. Diesel pula naik sebanyak 20 sen kepada RM1.55 seliter.

Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari lalu. Pada Mac lepas, harga runcit petrol ialah RM1.60 bagi RON95 dan RM1.95 untuk RON97, manakala diesel pula pada RM1.35.

 

Hari ini kontrak hadapan penanda aras global, Brent jatuh AS$0.45 kepada AS$38.81 setong. Kontrak hadapan semasa minyak mentah AS pula jatuh AS$0.65 kepada AS$37.67 setong, selepas jatuh ke paras AS$37.57, paras rendah sejak 16 Mac lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*