RM65 juta setahun bayar elaun guru kafa

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 65 setahun bagi membayar elaun bulanan berasaskan tahun perkhidmatan kepada semua guru KAFA sejak Januari 2016.

 

Menurut Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi elaun yang dinikmati guru KAFA di Selangor adalah sekitar RM1,300 ke RM1,500 sebulan.

 

Katanya, pembayaran dilakukan secara berperingkat mulai Mac 2016 berikuitan proses kemaskini data guru KAFA dengan memastikan guru sedia ada dan guru KAFA baru dilantik atau berhenti perkhidmatan.

 

“Mereka yang berkhidmat di bawah 5 tahun menikmati tambahan elaun RM50. Manakala, 5 hingga 10 tahun sebanyak RM100 dan 10 hingga 15 tahun sebanyak RM150 serta RM200 bagi melebihi 15 tahun.

 

“Ini menggunakan peruntukan diluluskan sidang belanjawan 2016 sejumlah lebih dari rm 18 juta,” katanya menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar), semalam.

 

Ahmad Yunus berkata, Elaun guru KAFA Selangor merupakan elaun tertinggi berbanding negeri lain.

 

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri membayar seratus peratus elaun bagi separuh daripada 6,900 guru KAFA di Selangor manakala selebihnya dari Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM800.

 

“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan sumbangan lebih kurang RM37 juta setiap tahun untuk bayaran elaun guru takmir, imam, pegawai PPMD dan guru Kafa Selangor,” katanya.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*