30 Maut Pertempuran Rebut Nagorno Karabakh

Sekurang-kurangnya 30 askar Azerbaijan dan Armenia terbunuh dalam pertempuran sengit merebut rantau Nagorno Karabakh sehingga memaksa Russia dan barat mengisytiharkan darurat serta-merta.

 

Presiden Armenia, Serzh Sarkisian, berkata 18 tentera Armenia terbunuh dan kira-kira 35 lain cedera dalam pertempuran terbesar sejak gencatan senjata 1994 menamatkan perang, di mana pejuang yang disokong Armenia merampas wilayah itu dari Azerbaijan.

 

Sarkisian tidak menyatakan sama ada tentera adalah dari pasukan Karabakh yang tidak di iktiraf atau tentera Armenia. Terdahulu, Kementerian Pertahanan Azerbaijan berkata 12 askar terbunuh dalam pertempuran dan sebuah helikopter tentera ditembak jatuh. Perebutan wilayah dipertikaikan itu meragut nyawa seorang warga Armenia dan orang awam Azeri selepas musuh tradisi itu saling menuduh ada melepaskan senjata berat ke barisan hadapan.

 

Armenia menuduh Azerbaijan melancarkan serangan besar-besaran di sepanjang barisan hadapan Karabakh menggunakan kereta kebal, meriam, dan helikopter pada malam Jumaat. Bagaimanapun, Azerbaijan menegaskan ia sekadar menyerang balas selepas dibedil dengan meriam berkaliber besar dan pelancar bom tangan.” Jurucakap Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Vagif Dargahi berkata tembakan berhenti pada petang Sabtu tetapi memberi amaran keadaan masih tidak menentu. Presiden Rusia Vladimir Putin menggesa pertempuran segera ditamatkan di barisan hadapan. – AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*