Pelajar Cemerlang DUN Selat Klang Diraikan

Pelajar cemerlang di Dun Selat Klang diberi penghargaan di dalam satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2015 DUN Selat Klang yang diadakan pada 1 April 2016 yang lalu di Dewan MPK Teluk Pulai, Klang anjuran Pejabat ADUN Selat Klang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Amal Selat Klang, Nisa’ Selat Klang, Briged Amal Selat Klang dan Amalnita Selat Klang. Seramai 209 orang penerima anugerah pelajar cemerlang mengikut kriteria yang ditetapkan dari pelbagai kaum dan peringkat peperiksaan iaitu UPSR (18), PSRA (49), UPSR&PSRA (19), PT3 (39), SMA (13), SPM (59), STPM (2), dan STAM (4) termasuk 6 orang penerima anugerah Best Of The Best (BOTB). Penerima anugerah tersebut dipilih berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak urusetia.
 
Perasmian oleh ADUN Selat Klang, YB Dr. Hjh. Halimah Ali. Beliau berkata, “Berlaku peningkatan jumlah pelajar cemerlang di DUN Selat Klang berbanding tahun 2014, seramai 135 orang. Kita mahu pelajar di DUN Selat Klang cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah. Itulah definisi sebenar pelajar cemerlang dalam Islam. Untuk melahirkan pelajar cemerlang perlukan sinergi yang hebat diantara pelajar, ibubapa, guru, nazir masjid, pengerusi surau dan semua pihak yang berkaitan.”
 
YB Dr. Halimah Ali juga berpesan kepada ibubapa, “Ibu perlu memaafkan kesalahan anak-anak supaya doa ibu diangkat dan dimakbulkan Allah. Manakala, bapa pula perlu keluar awal pagi mencari rezeki dan dalam masa yang sama memaafkan kesalahan ibu dan anak agar urusan anak dalam menuntut ilmu dipermudahkan.”
 
Bapa kepada salah seorang penerima anugerah Best Of The Best (BOTB), En. Juraish Bin Kamaruddin berkata, “Proses melahirkan pelajar cemerlang bermula seawal sebelum ibu bapa berkahwin lagi. Sangat penting untuk mencari seorang ibu yang mampu mendidik anak-anak dengan nilai Islam kerana ibu yang akan bersama anak sepanjang masa manakala bapa sibuk mencari rezeki diluar.” 
 
Hampir 1000 orang yang hadir semasa program tersebut termasuk pelajar, ibubapa dan jemputan khas yang terdiri daripada Ahli Majlis N45B, Kapt. (B) Baseri Md. Taib, Ketua Penyelaras Zon Selat Klang, Tuan Hj. Kamaruzzaman Bin Aripin, Guru-guru Besar, Ketua-ketua Guru, Ydp-Ydp PIBG Sekolah, Ketua-ketua Kampung, Nazir-nazir Masjid, dan Pengerusi-pengerusi Surau di Selat Klang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*