Pemandu negara mampu bersaing di pentas antarabangsa

Kejayaan pelumba muda negara, Khairul Idham Pawi menjuarai Moto3 Grand Prix Argentinan membuktikan negara mampu melahirkan pelumba berbakat untuk bersaing di pentas antarabangsa.

 

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pelumba muda perlu diberikan ruang dan peluang bagi mengasah bakat di tempat betul

 

“Diucapkan tahniah kepada Khairul Idham atas kejayaan mencatatkan sejarah menjadi orang pertama naik podium sebagai juara Moto3.

 

“Beliau bermula dengan Cub Prix kira-kira empat atau lima tahun lalu sebab itu kita menggalakkan sukan ini dengan membuka litar rakyat dan kita berterusan memberi sokongan pertandingan Cub Prix,” kata Amirudin dipetik daripada SelangorKini.

 

Ketika mengulas usaha Kerajaan Negeri membangunkan sukan pemotoran, Amiruddin memberitahu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,00 pada tahun lalu bagi menaik taraf litar lumba rakyat di Kuala Selangor.

 

“Pada tahun ini kita cuba masukkan lagi dalam belanjawan. Kebanyakkan peruntukan ini untuk pembangunan dan saya diberi maklum balas Litar Rakyat ini sangat baik untuk mereka berjinak memulakan latihan dan dapat selesaikan isu lumba haram.

 

“Litar Rakyat mampu melahirkan bakat muda dan seterusnya pergi ke peringkat antarabangsa seperti Khairul Idham. Ini petunjuk sangat baik. Kerajaan Negeri beri sokongan sepenuhnya,” katanya.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*