Rojak Cendol Shah Alam

Keinginan untuk menikmati cendol begitu sinonim dengan cuaca yang panas, yang kita (rakyat Malaysia) tengah alami. Pastinya anda tidak melepaskan peluang menikmati keenakan cendol ini.

Pada kali ini, krew Merahkuning.com akan membawa anda menikmati kenakan Rojak Cendol Shah Alam. Bersempena dengan musim durian, cendol durian menjadi sajian utama di kedai ini.

 

Harga yang diberikan sangat berpatutan kerana mereka menggunakan durian yang berkualaiti. Merahkuning.com mencuba merasai cendol aiskrim durian honey star. Rasanya boleh tahan, pastinya cuba sekali hendak lagi.

Selain daripada menu khas durian ini, kedai ini turut menjual pelbagai jenis cendol moden seperti cendol kismis, coklat , mashmallow dan sebagainya.

 

 

Kedai yang terletak di Medan Selera Delima Seksyen 24 ini juga menjual pelbagai jenis rojak seperti rojak buah, tauhu bakar dan sotong kangkung. 

Bagi peminat tegar durian, jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba cendol ini. Sejujurnya, Merahkuning.com terpaksa tunggu agak lama kerana tempahan daripada pelanggan lain dan penyediaan cendol yang agak rumit.

 

Secara keseluruhan, Merahkuning.com memberi skor 8/10 kepada Restoran Rayyan Burger Bakar. Kepada warga Shah Alam dan Selangor, anda patut cuba menikmati hidangan di kedai ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

 

https://www.google.com/maps?newwindow=1&q=medan+selera+delima+seksyen+24&um=1&ie=UTF-8&sa=X&ved=0ahUKEwju4amryPzLAhXKto4KHYkDBZoQ_AUIBygB

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*