Pelawak era 90-an Mr Os meninggal

Pelakon dan pelawak terkenal era 80an dan 90an, Mr Os atau nama sebenar beliau Mohd Yusof Abdul Hamid disahkan meninggal dunia hari ini.


Mr Os, 65 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang menurut anaknya Husna Yusof melalui satu perkongsian di Facebook sebentar tadi.

 

Menurut Husna, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah dekat sini.

 

Sewaktu zaman kegemilangannya, Mr Os terkenal dengan filem “Adik” dan “Awang Spanar” sehingga beliau turut dikenali sebagai Os Spanar.

 

Husna dalam perkongsian turut menyatakan ayahnya menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan dalam keadaan berwuduk selepas menunaikan solat.

 

“Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan Abah di kalangan orang-orang yang beriman. Kita jumpa di sana Abah.

 

“Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi. Kami semua sayangkan Abah,” tulisnya.

 

Allahyarham dijadual menghadiri satu majlis bersama Ustaz Azhar Idrus malam ini di Teluk Pasu, Kuala Terengganu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*