Kerajaan Negeri Selangor Komited Membina Rumah Generasi Kedua Felda

Kerajaan Negeri Selangor komited membina rumah untuk generasi kedua FELDA kerana akan membina 136 buah rumah berkembar (semi detached) di Sg Tengi Selatan, Hulu Selangor untuk mereka.

 

Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada 18 April 2016.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah pengurus projek bagi pihak Kerajaan Negeri.Kos projek ini adalah dianggarkan RM20 juta. Kos infrastruktur akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri agar rumah-rumah ini mampu dibeli oleh generasi kedua itu. Jangkaan harga jualan adalah sekitar RM100,000 sebuah.

 

Saya telah mengadakan lawatan tapak pada 23 Mac yang lalu bersama-sama PKNS dan penduduk Kg Sg Tengi Selatan. Turut bersama adalah Sdra Hasnizan Harun mewakili Pertubuhan Generasi Kedua FELDA atau GENERASI dan Tuan Haji Muhammad Idris, Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Hulu Bernam.

 

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
12 April 2016

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*