Polis temui empat bom buatan di Damansara Perdana

Sekurang-kurangnya empat bom paip buatan sendiri ditemui polis di sebuah kondominium di Damanasara Perdana, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Zani Che Din berkata bom ditemui dalam satu serbuan di Metropolitan Square Condominium pagi ini.

 

“Lebih kurang 4.30 pagi pasukan polis buat serbuan di sebuah rumah. Semasa serbuan itu suspek melarikan diri namun polis menjumpai 4 atau 5 bahan letupan

 

“Sebahagiannya kita boleh katakan alat letupan (IED), ia dibuat daripada PVC dan ada yang ada circuit board (papan litar),” katanya dipetik daripada laporan MalaysiaKini.

 

Menurut Zani, suspek merupakan warga tempatan dan rekod menunjukkan sekurang-kurangnya dua penyewa tinggal di unit kondominium itu.

 

Tambah beliau pihak polis akan bertindak meletupkan bahan yang ditemui itu.

 

Pihak polis dalam pada itu turut menemui dadah jenis syabu dan pil ekstasi di unit kondominium yang sama.

 

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini menafikan kes tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

 

“Berikutan kejadian itu, kita ingin menyatakan bahawa keadaan keselamatan negara masih terkawal sepenuhnya walaupun ada usaha pihak-pihak yang membuat bom buatan sendiri

 

“Pihak polis belum dapat menyiasat motif dan kumpulan berkenaan namun kita telah dapat menghidu beberapa kesimpulan yang pada pihak polis ia tiada kaitan dengan elemen Daesh atau Islamic State (IS).

 

“Ia adalah disebabkan oleh perbuatan individu tertentu,” katanya dalam sidang media hari ini.

 

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan bahawa keselamatan negara adalah terkawal dan polis yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*