Kes denggi Selangor menurun, kepedulian masyarakat diperlukan

Sikap tidak bertanggungjawab sebahagian anggota masyarakat yang melonggok sampah haram, barangan lusuh dan sampah bersepah menjadi punca pembiakan nyamuk aedes di Selangor.

 

Menurut Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata perkara itu dikesan menerusi pelaksaan Tindakan Penguatkuasaan Premis Individu di Lokaliti Hotspot Denggi.

 

“Kerajaan Negeri menasihatkan agar semua masyarakat menggalas tanggungjawab dengan tidak membuang sampah sebaliknya ringankan tulang mengutip dan membuang di tempat sepatutnya.

 

“Majikan mengajikan warga asing juga dinasihatkan untuk memantau, memberi pendidikan dan kesedaran agar bersama bertanggungjawab menjaga kebersihan dikawasan persekitaran masing-masing,” katanya dipetik daripada laporan Selangor Kini.

 

Minggu epid 15/2016 yang berakhir 16 April lalu memperlihatkan trand penurunan sejak empat minggu lalu kepada 1,137 kes direkodkan berbanding 1,301 kes denggi pada minggu epid 14/2016.

 

Jumlah kumulatif kes denggi terkumpul di Selangor mencatatkan 21,770 kes dengan 31 kematian iaitu sebanyak 48.3 peratus penurunan kes kematian direkodkan berbanding 60 kes pada epid yang sama tahun lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*