Kumpulan curi motosikal di Puchong tumpas

Empat lelaki ditahan pihak polis bersama sembilan rangka motosikal seta 39 komponen kenderaan itu di Kampung Seri Aman Rabu lalu.

Kesemua susupek ditahan dalam lingkungan umur 20-an.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, bertindak atas maklumat, Ketua Balai Polis Bukit Puchong, Asisten M Harikrishnan bersama sepasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) mengadakan intipan dan serbuan.

 

Hasil siasatan selanjutnya, suspek menunjukkan polis tujuh rangka motosikal yang diletakkan di jambatan Lorong Berkat 1 kira-kira jam 2.30 petang, Rabu lalu.

 

“Rangka motosikal yang ditemui termasuk tiga jenis Honda EX5 dan empat lagi masing-masing jenis Yamaha Lagenda, Yamaha 125z, Yamaha 135lc dan Kawasaki,” katanya.

 

Suspek katanya, turut menunjukkan dua lagi rangka motosikal masing-masing jenis Modenas Kriss dan Honda 110KCS yang diletakkan di jambatan itu kira-kira jam 3 petang, hari sama.

 

Beliau berkata, kesemua suspek masih direman bagi membantu siasatan.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*