Helikopter bawa Timbalan Menteri, VIP hilang di Sebuyau

BERNAMA melaporkan bahawa Ketua Pengarah Penerbangan DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke Kuching dilaporkan hilang sekitar jam 5.00 petang tadi.

Enam individu difahami menaiki helikopter berkenaan termasuklah Datuk Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta suami Asmuni Abdullah selain Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sundaran Annamalai, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang pesawat RP-C 6828 berkenaan Kapten Rudolf Rex Ragas.

Menurut laporan pesawat berkenaan hilang disekitar Sebuyau.

 

Datuk Noriah merupakan ahli parlimen Sg Besar Selangor manakala Datuk Wan Mohammad adalah ahli parlimen Kuala Kangsar.

Menurut laporan itu pasukan pencari dan penyelamat telah pun dikerahkan.

Berita selanjutnya akan dimaklumkan Merah Kuning,

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*