Terkini PRN Sarawak :Perubatan Darul Syifa Di Sebuyau

Hari-hari terakhir semakin bermakna buat petugas PAS di Sarawak. Di DUN N.27 Sebuyau mereka mengadakan Kaunter Perubatan Darul Syifa di sana.

 

Menurut laporan yang diberikan kepada Merah Kuning, para petugas BN sendiri pun hadir berkunjung untuk mendapatkan rawatan (sila lihat gambar). Ini sudah pasti sesuatu yang luarbiasa yang tidak dapat dilihat khasnya di Semenanjung.

 

 

Malah calon Pan, Andrew Jain turut singgah memerhatikan inisiatif para petugas PAS itu dengan penuh minta.

Calon PAS Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad, 44 tahun menghadapi pertandingan tiga penjuru di Sebuyau iaitu menentang calon BN Datuk Julaihi Narawi dan Andrew dari Pan.

DUN Sebuyau mempunyai 9,041 pengundi dengan majoriti 63.7% pengundi Melayu/Melanau, Iban 32.3%, Cina 3.4% dan lain-lain 0.6%.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*