Terkini PRN Sarawak: 44 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 2 petang

Sehingga pukul 2 petang tadi, seramai 44 peratus pemilih berdaftar sudah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, hari ini lapor BERNAMA.

 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah ketika ditemui media di sebuah pusat pengundi di sini pagi ini, berkata proses pengundian sehingga kini berjalan lancar, dan setakat 10.30 pagi, 13 pusat pengundian sudah ditutup.

 

Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Suggah ketika dihubungi berkata satu kejadian koridor sekolah diperbuat daripada kayu yang dijadikan laluan pengundi, dilaporkan runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, Tatau, kira-kira 70km dari Bintulu.

 

Beliau berkata kejadian kira-kira 10 pagi di sekolah yang dijadikan salah sebuah pusat pengundian bagi DUN Jepak itu, mengakibatkan kira-kira 40 pengundi terjatuh, dan seorang daripadanya dilaporkan cedera ringan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*