Kejohanan Bola Sepak Piala YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (ADUN Sijangkang)

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Piala YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi akan diadakan pada 28hb hingga 29hb Mei 2016 (Sabtu dan Ahad) di Stadium Jugra, Telok Datok dan Padang Awam Kampung Sungai Buaya. 

 

Penonton juga dapat menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Amal diantara pasukan Ex-Selangor menentang pasukan Ex-Pahang pada 28hb Mei 2016 (Sabtu), jam 8.30 malam di Stadium Jugra, Telok Datok, Kuala Langat. 
 
 
Kejohanan ini adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Sijangkang, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBSMS). Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Saudara Shahimy ditalian 013-324 2323 atau Saudara Nizam ditalian 012-639 7015 atau pun Saudara Sharudin ditalian 013 643 1137. 
  
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan di antara Bekas Pemain Selangor menentang Bekas Pemain Pahang pada 28 Mei 2016 pada jam 8.30 malam bertempat di Stadium Jugra Telok Datok. Masuk adalah percuma.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*