Maklumat Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi Serta OPAK

KENYATAAN MEDIA YB TUAN HJ ZAIDY ABDUL TALIB 

Maklumat Empangan Sg Selangor dan empangan Sungai Tinggi serta OPAK:

Operasi Pengepaman Air Kolam(OPAK) pada tahun 2016 bermula pd 8 Januari 2016. Kapasiti pengepaman OPAK yang ditetapkan oleh LUAS adalah sebanyak 1,000 MLD.

 

Peratusan takungan empangan Sg. Selangor pada 4 Mei 2016 adalah 61.89%. Ianya semakin meningkat sejak kebelakangan ini berikutan hari

 

Trend penurunan paras air empangan adalah selari dengan trend tahun 2014 tetapi dengan bantuan OPAK sebanyak 1,000MLD dijangka boleh mengurangkan pelepasan air empangan seterusnya mengurangkan trend penurunan aras air empangan.

 

Ini disebabkan bantuan OPAK serta taburan hujan yg tinggi di kawasan hilir sg Selangor sejak akhir2 ini.

 

Taburan hujan di kedua-dua empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi pada tahun ini adalah lebih rendah daripada tahun-tahun sebelum ini. Namun taburan hujan yang banyak berlaku terutama di kawasan Hilir Sungai Selangor sejak akhir-akhir ini menjadikan paras empangan mula stabil.

 

Jumlah isipadu kolam-kolam OPAK adalah dianggarkan sebanyak 84 juta meter padu. Baki takungan kolam-kolam adalah sebyk 87.78%.

 

Sebanyak 31 buah pam digunakan utk OPAK ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*