Air kelapa baldi keistimewaan Warung Kita

Makan-makan minggu ini berkesempatan singgah di Warung Kita yang terletak di Bandar Baru Bukit Raja, Klang. Dari komen yang kami dapat daripada rakan-rakan dan juga carian internet hidangan di Warung Kita menjanjikan kepuasan kepada pelanggan dengan harga yang istimewa.

 

 

Hidangan istimewa yang menjdi kegemaran ramai di Warung Kita adalah nasi Manggey iaitu nasi bersama gulai ayam dan ayam goreng beserta sambal belacan. Sekali dilihat hidangan ini ala-ala nasi Kak Wok dari Kelantan. Selain itu air kelapa yang dihidang dalam basin kecil turut menjadi pilihan ramai.

 

Warung Kita Bandar Baru Bukit Raja merupakan cawangan kedua selepas cawangan pertamanya beroperasi di Sungai Buloh.

 

 

Harga yang ditawarkan di sini amat berpatutan. Berbelanja sebanyak RM 8.00 anda boleh menikmati sebungkus nasi Manggey bersama sebesin air kelapa. Anda tidka perlu risau kerana air kelapa ini dihidangkan dalam besin khas untuk air kelapa bersaiz pasu bunga kecil.

 

Restoran ini sudah beroperasi kira-kira dua bulan lalu dan dibuka pukul 7.00 pagi sehingga pukul 7.00 malam.

 

 

Antara menu istimewa lain yang disediakan di restoran ini antaranya Nasi Lemak Ikan Tongkol, Nasi Berlauk Warung Kita dan juga Juara Coconut Shake.

 

Kedudukannya yang tidak jauh daripada jalan utama serta papan tanda yang besar memudahkan anda untuk mengunjungi Warung Kita.

 

 

Pembaca yang ingin mengunjungi Warung Kita boleh mencarinya di alamat 55,Jalan Mahkota 1, Taman Mutiara, Bukit Raja 2, 41050,Klang atau melalui aplikasi WAZE dengan n Warung Kita Klang atau Warung Kita @ Bukit Raja. Anda juga boleh menghubungi kedai di talian 019-9304171.

 

Sekiranya anda mengunjugi Warung Kita jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda kepada kami menggunakan hashtag #makanmakanmerahkuning.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*