PAS Muktamad Bertanding Dalam PRK Sungai Besar

Teka-teki samada PAS akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor atau memberi laluan kepada calon dari Pakatan Harapan terjawab dengan kenyataan terbaru YB Khairuddin Othman Setiausaha Perhubungan PAS Selangor.
 
Merah Kuning mendapati dalam posting facebooknya ADUN PAS Paya Jaras itu menyatakan bahawa Pas Selangor telah bersedia sepenuhnya dan telah pun mengerakkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya kecil berkenaan.
 
Kerusi berkenaan selama ini ditandingi oleh calon PAS terakhir dalam PRU 2013.
 
Dengan penegasan Khairuddin itu juga bermakna PAS tidak terlibat dalam perundingan dengan mana-mana pihak untuk tidak meletakkan calon dikerusi berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*