11 maut runtuhan tanah di lombong jade Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di wilayah perlombongan jed di pedalaman utara Myanmar dengan ramai lagi dikhuatiri hilang, menurut pihak berkuasa hari ini.

 

Pihak berkuasa dan penduduk tempatan giat mencari mayat mangsa selepas tebing tanah yang tidak stabil runtuh ketika hujan lebat malam tadi di Hpakant, Kachin. “Setakat ini kami sudah menemui 11 mayat.

 

Ketika kejadian, kira-kira 50 orang dipercayai sedang mencari jed,” kata pegawai tempatan, Nilar Myint. Pegawai polis tempatan memberitahu AFP, operasi menyelamat masih diteruskan.

 

Kawasan berkenaan sering dilanda insiden tanah runtuh termasuk yang terburuk November tahun lalu yang mengorbankan 100 orang serta berpuluh insiden kecil lain yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan. – AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*