MPP Zon 18 raikan hari guru di sekolah sekitar Subang

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18 dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Wanita Islam Subang (PRIWANIS) dan Dapur Rakyat Subang menjayakan program Ziarah Mahabbah ke sekolah-sekolah kerajaan dan swasta sekitar Subang pada 16 Mei lalu.

Menurut Pengerusi MPP Zon 18 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Siti Rohaya Ahad, program tersebut bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara pihak MPP dan sekolah selain untuk menghargai jasa para guru.

 

“Guru umpama lilin yang menerangi kegelapan. Teruskan istiqomah mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu dan berakhlak serta berbakti kepada agama bangsa dan negara. Martabatkan pendidikan di malaysia,” kata Siti Rohaya ketika dihubungi Merah Kuning.

 

 

Sekolah yang terlibat sewaktu lawatan itu adalah Kafa integrasi RRI, SKJ (T) RRI, SK Subang Bestari 1, SK Subang Bestari 2, Kafa Al Hikmah, SMK Subang Bestari, Kafa Al Jannah, Pasti Amal Bestari, Pasti Little Mukmin, Pasti Ehsaniah, Maahad Tahfiz Al-Taqwa (Kubu Gajah) SRA Paya Jaras, Sek. Men (Kolej) Vokasional Sungai Buloh, SK Bandar Baru Sungai Buloh dan PASTI Iman Kampung Melayu Sungai Buloh.

 

Antara aktivit yang diadakan ialah serahan kek dan kad ucapan serta cenderahati hari guru.

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*