Tajuk PAS tawar alternatif pada pengundi Sungai Besar

Disebalik kemelut politik yang melanda negera dengan pelbagai isu ketirisan dan penyalahgunaan kewangan PAS menawarkan alternatif kepada rakyat khususnya pengundi parlimen Sungai Besar sebagai pilihan yang lebih baik untuk memimpin negara demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hari.


Menurutnya, rakyat perlu sedar pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar menjadi titik tolak kesedaran masyarakat kesedaran masyarakat atas aktiviti tidak baik kepimpinan negara.

 

“Para pengundi rakyat Malaysia khasnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu sedar bahawa selain Umno BN yang semakin dipertikaikan kepimpinannya kebelakangan ini di sana ada alternatif dan pilihan yang lebih baik dan malah berkualiti menepati ciri dan kepimpinan Islam yang sewajarnya menjadi pilihan mereka,” kata beliau ketika dihubungi Merah Kuning.

 

Sementara itu mengulas khabar akhir kedudukan ahli majlis mesyuarat negeri (EXCO) PAS yang terancam ekoran keputusan PAS meletakkan calon di PRK Sungai Besar, Dato’ Dr Ahmad Yunus tidak mempunyai masalah dalam perkara itu.

 

“Saya tidak ada masalah untuk buat kerja sebab ini amanah. Hilang kuasa tidak menjadi keutamaan.

 

“Saya sendiri hanya mengikut keputusan parti untuk bertanding,” tambah beliau.

 

Beliau dalam pada itu turut menyeru semua pemimpin politik berlapang dada membuat keputusan calon PRK Parlimen Sungai Besar

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*