48 Terbunuh Pertempuran di Selatan Yaman

 ADEN: Pertempuran sengit antara tentera kerajaan dengan pemberontak Syiah di selatan Yaman semalam mengorbankan 48 nyawa, masing-masing membabitkan 28 pemberontak dan 20 askar.
“Jumlah korban pada kumpulan Huthi (pemberontak Syiah) ialah 28 manakala 20 di pihak tentera bersekutu dengan pertempuran berterusan sehingga lewat petang,” kata Jeneral Misfer al-Harithi, yang mengetuai pasukan tentera Infantri Batalion ke-19.
 
Terdahulu, Harithi memberikan jumlah korban 32 orang iaitu 28 membabitkan pemberontak manakala 14 terdiri anggota tentera kerajaan.
 
Beliau berkata, pertempuran meletus apabila pemberontak bersama tentera yang setia dengan bekas presiden Ali Abdullah Saleh melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera kerajaan di Daerah Bayhan yang berhampiran sempadan antara Wilayah Shabwa dan Marib. “Ini menyebabkan askar kerajaan menyerang semula dan mengasak pemberontak berundur,” katanya. – AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*